Monday, August 09, 2010

Orientasi....

Kem untuk menjadi salah sorang menantu Haji Yusof

Peserta : Mr tunang
Objektif : Merapatkan ukhwah dan lebih mengenali keluarga Haji Yusof
Masa : 07/08 hingga 08/08
Tempat : Seri Menanti

Aktiviti 1 :

Ice Breaking- mengenali venue dengan lebih dekat lagi.antara yang boleh dibuat ketika ini, menajat pokok dukong ( duku-langsat ) menggunakan bangku sebab peserta tidak reti panjat pokok. nampaknye fasilitator lagi teror ohkay..


Aktiviti 2 :

Memotong buluh untuk dibuat lemang..gambar tiada sebab photographer kena tolong pegangkan buluh skali..komen fasi, buluhnye potong pendek sangat dihujung,nak ketuk lemang nanti susah..boleh improve lagi next year..

aktiviti selingan, menjolok buah manggis.....

Aktiviti 3:

Memotong daging, mengapak tulang lembu untuk dibuat sup gear box...hasilnya boleh la,tapi tulangnye hancur dan senget-senget...

Riadah:

Berlegar-legar di bandar diraja seri menanti.....


Aktiviti 4:

Memasak lemang, lemang perlu dimasak selama 4 jam,api tidak boleh marak, nanti hangus..pada msa yang sama, memasak rendang daging...




Hasil dari orientasi ini, peserta telah berjaya namun beberapa perkara perlu ditingkat kan.antaranya :

1)lemang kena potong panjang-panjang ckit
2)daging potong lurus-lurus
3)memanjat pokok,bukannye berdiri atas bangku

p/s : entry ini khas untuk bb,time kasih kerana sudi menerima orang kampung macam i :)

No comments:

Post a Comment